Cara Ketahui Harga Postage J&T
Anda memiliki perniagaan online dan berminat untuk tahu berapakah harga postage J&T yang ditawarkan mengikut saiz dan berat bungkusan pengeposan? Pemilihan bijak dalam menggunakan servis kurier adalah penting bagi perniagaan anda untuk berkembang kerana proses penghantaran barang dan bungkusan yang baik akan dapat menjamin kepuasan dan kegembiraan pelanggan.
Menurut satu artikel, harga postage J&T adalah termasuk 6% cukai GST dan mengikut berat setiap barang. Jadi, macam mana cara nak membuat perkiraan harga pos barang mengikut berat ni? Tak perlu susah-susah membuat perkiraan secara manual sebab anda boleh layari laman web untuk tahu harga postage J&T di sini. https://www.jtexpress.my/shipping-rates
Macam mana kalau admin bagitahu anda ada cara lebih mudah untuk menganggar harga pengeposan selain menganggar harga postage J&T? Caranya adalah dengan membuat pengeposan melalui CollectCo Premium kerana ianya mudah dan anda boleh mendapatkan bimbingan yang mesra daripada team kami pada setiap langkah untuk membuat sesuatu pengeposan!
Sekiranya anda berminat untuk bermula bisnes korier, anda boleh baca artikel ini: J&T franchise cost
Memperkenalkan CollectCo, Pusat Sehenti untuk Perkhidmatan Kurier
Apakah itu CollectCo Premium Point?
CollectCo ialah rangkaian pusat pengumpulan yang menyediakan perkhidmatan penghantaran dan pengumpulan bungkusan. Dengan menjadikan pengalaman e-dagang anda bebas daripada kerumitan, kami berharap agar dapat merevolusikan langkah e-pemenuhan (e-fulfillment) iaitu penghantaran barang di ASEAN. Matlamat kami adalah untuk menambah baik ekosistem e-dagang ASEAN dengan menubuhkan pusat pengumpulan di setiap bandar.
Selain servis penghantaran, CollectCo juga adalah pilihan terbaik untuk individu yang ingin memulakan perniagaan kurier mereka tanpa perlu membayar yuran francais yang tinggi yang boleh membebankan bajet anda. Selain itu, kami bukan sahaja menawarkan harga yang berpatutan, kami menawarkan faedah-faedah lain yang pasti akan membuatkan anda sentiasa bersemangat!
Walaubagaimanapun, tidak dinafikan bahawa jenama seperti J&T Express menjadi salah satu daripada beberapa syarikat kurier pertama yang akan muncul dalam fikiran anda sekiranya anda berniat untuk memulakan bisnes kurier atau pengepos bungkusan (pada mulanya!) tetapi anda pasti akan memikirkan dan memilih CollectCo selepas membaca artikel ini – percayalah kepada kami!
Baca juga: Pos Malaysia International Parcel
Apakah yang menarik tentang CollectCo dan kebaikan-kebaikannya?
a)Â CollectCo bekerjasama dengan syarikat kurier yang berprestasi tinggi
Seperti yang mungkin anda dah tahu, syarikat-syarikat yang berprestasi tinggi akan mengendalikan urusan penghantaran bungkusan anda dengan lebih baik, cermat dan memiliki tawaran-tawaran hebat dari masa ke masa! Di bawah adalah senarai syarikat-syarifkat pengeposan barang yang ternama yang mana bekerjasama dengan CollectCo:
b)Â Pusat CollectCo Premium Point ada di mana jua anda berada
CollectCo boleh didapati di 800 pusat pengumpulan fizikal di seluruh Malaysia, menawarkan anda proses penghantaran dan pengambilan bungkusan yang paling fleksibel. Ini bermakna anda tidak perlu terlalu risau jika anda perlu memandu jauh untuk mengambil percubaan penghantaran yang gagal apabila anda tiada di rumah.
Tak lupa juga, tracking bungkusan anda boleh jadi hal yang memenatkan apabila anda menggunakan banyak jenis kurier dan tracking bungkusan anda pada halaman web yang berasingan terasa amat leceh! Jadi, dengan adanya CollectCo, anda boleh mula membuat tracking bungkusan dari kurier yang berbeza di laman web yang sama.
Kelebihan CollectCo Premium Point:
- Ia mudah digunakan – Merangkul kesederhanaan menghantar proses dan sistem bungkusan dengan memotong pengendalian manual.
- Mudah dan pantas – Kurang daripada satu minit diambil untuk menghantar bungkusan anda.
- Selamat dan terjamin – Di CollectCo, hanya mereka yang terlatih secara profesional akan menjadi pengendali bungkusan anda dan langkah-langkah ketat diterapkan untuk memastikan bungkusan anda selamat dan kukuh.
- Sangat mudah – Banyak pusat Premium CollectCo berhampiran anda dibuka awal hingga lewat malam.
- Perkhidmatan untuk setiap pelanggan – CollectCo mempunyai berbilang pembekal kurier yang boleh anda pilih dan semuanya bergantung pada pilihan anda.
Ada banyak lagi kebaikan CollectCo Premium yang menanti anda dan cara untuk ketahuinya adalah dengan memulakan pengeposan anda bersama CollectCo!
Seperti yang telah disebutkan oleh admin di atas, CollectCo bukan sahaja untuk individu yang ingin membuat pengeposan, malah CollectCo juga menawarkan peluang kepada anda yang ingin memulakan bisnes sebagai kurier agent tanpa perlu melabur dengan nilai yang tinggi.
Apakah faedah yang akan anda dapati apabila anda menjadi rakan kongsi CollectCo?
Adakah anda memiliki sebuah kedai? Nah, kami ada berita baik untuk anda. Misi CollectCo adalah untuk menyokong kedai-kedai runcit untuk berkembang maju dalam era digital melalui inovasi dan teknologi.
Jadi, sekiranya anda memiliki sebuah kedai, anda bolehlah mula melanggan CollectCo dan menjadi rakan kongsi perniagaan mereka untuk meningkatkan jualan dan mendorong trafik ke kedai anda dengan menawarkan perkhidmatan kurier kepada pelanggan-pelanggan anda.
Walau bagaimanapun, jika anda belum memiliki kedai (belum), anda mungkin ingin mempertimbangkan untuk memulakannya!
Tahukah anda bahawa permintaan untuk e-dagang meningkat 40% setiap tahun mengikut Pos & Kurier: Buku Poket Statistik?
Ini adalah amat memberangsangkan dan pada pendapat admin, anda mestilah mengambil peluang ini untuk mengharungi gelombang permintaan e-dagang dengan bekerjasama dengan CollectCo dan boost bisnes anda sebagai kurier agent. (skmm, n.d.)
Berikut adalah kebaikan-kebaikan yang dapat anda peroleh sebagai rakan kongsi perniagaan bersama CollectCo:
- Anda akan menjadi pusat sehenti untuk semua kurier rakan kongsi CollectCo, bermakna 1 pelaburan untuk semua kurier.
- Anda memerlukan sifar kos persediaan dan akan mendapat sokongan rakan kongsi yang sangat baik.
- Anda akan dapat menarik dan mendorong trafik ke kedai anda.
- Tingkatkan pendedahan kedai anda dalam talian dengan mudah melalui perkongsian kami dengan Lazada, Zalora dan Hermo, untuk pelanggan akan dapat menghantar, mengumpul dan memulangkan bungkusan daripada mereka melalui kedai anda.
- Anda mungkin boleh membuka perniagaan baharu dalam industri yang berkembang pesat.
- Anda akan dapat menjana lebih banyak pendapatan untuk kedai anda.
- Kami menawarkan kepada anda Anugerah Kedai Rakan Kongsi Collectco Bulan Ini.
Cara untuk menjadi rakan kongsi perniagaan bersama CollectCo
Cara untuk mendaftar dengan CollectCo adalah sangat mudah! Di bawah ialah perkara yang anda perlu lakukan untuk pendaftaran dalam talian dan admin jamin yang ia tidak rumit dan kalaupun anda kurang memahami caranya, team CollectCo kami yang mesra dengan senang hati akan membimbing setiap langkah anda. Berikut adalah 3 langkah mudah yang boleh anda ikuti:
- Isikan borang dengan butiran anda.
- Seterusnya, anda perlu menunggu kelulusan yang akan mengambil masa 5 hingga 10 hari bekerja.
- Kemudian dah siap! Anda bersedia untuk memulakan perjalanan kedai anda sebagai Pusat Premium CollectCo.
Rujukan
skmm. (n.d.). skmm. Retrieved from https://www.skmm.gov.my/resources/statistics/postal-courier-pocket-book-of-statistics